search

Hai, nama saya Pastels

Nama yang asalnya diinspirasikan dari majalah bulanan dari Amerika Syarikat berjudul 'PASTE' dan kecenderungan yang tinggi terhadap warna-warna rendah saturasi iaitu Low Saturation (LS). Apabila digabungkan huruf2 ini, maka terbentuklah P.A.S.T.E.L.S = PASTELS

Pastels seorang yang sederhana, sukakan muzik, kebun botani, suasana hujan dan ketenangan.

Berikan secawan kopi, maka Pastels akan 'hilang' di dalam dunia kosmetik, seperti satu obsesi meneliti satu demi satu produk. Seperti kagum dengan setiap olahan ramuan.

Baginya, kehidupan adalah seperti satu perjalanan penuh eksperimentasi dan kejutan. Sentiasa mencabar diri untuk mencari yang terbaik, dan memberikan yang lebih baik.

Your cart is currently empty.

Continue shopping