Antioksidan

Radikal bebas boleh menyebabkan pengoksidaan molekul. Pengoksidaan ini penting untuk fungsi-fungsi biologi tertentu tetapi boleh juga merosakkan struktur molekul seperti lipid dan protein dalam badan. Antioksidan adalah bahan yang menghalang atau melambatkan proses pengoksidaan. Antioksidan berupaya menghentikan tindak balas berantai radikal bebas. Dalam badan manusia, antioksidan ada yang terhasil secara semula jadi.

Contoh-contoh antioksidan:

  • Catalase - menukarkan hidrogen peroksida (H2O2) kepada oksigen (O2 ) dan air
  • Superoxide dismustase - menukarkan radikal superoxide (O⁻₂) kepada molekul oksigen (O₂) dan hidrogen peroksida
  • Glutathione peroxidase - menukarkan H2O2 kepada air dan oksigen dan radikal peroxide kepada alkohol dan oksigen.
  • Vitamin E - meneutralkan oksigen singlet (radikal bebas) dan larut dalam lipid
  • Vitamin C (Ascorbic acid) - membuang radikal bebas dan mambaiki vitamin E yang teroksida serta larut dalam air
  • Ubiquinol (Coenzyme Q10) - menghalang pengoksidaan dan menghasilkan semula vitamin E.




Sumber:

https://jcp.bmj.com/content/jclinpath/54/3/176.full.pdf

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5514576/ 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4120831/ 

https://www.researchgate.net/publication/311674771_Antioxidants_and_its_functions_in_human_body_-_A_Review 

https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/glutathione-peroxidase 

https://www.sciencedirect.com/topics/neuroscience/superoxide-dismutase 


(⊙_⊙)



Older post Newer post