Emollients & Occlusives

Tiga komponen penting yang ada dalam pelembap adalah humectant, emollient dan occlusive. Kali ini saya cuba terangkan dua lagi komponen penting yang ada dalam pelembap. Kedua-dua memberi kesan oklusi pada kulit.

Occlusion effect/Kesan oklusi: Kesan menghalang kelembapan daripada meruap daripada kulit.


Emollient

Emollient berfungsi memerangkap kelembapan dalam kulit. Fungsi utama emollient menjadikan kulit lebih licin dan lembut dengan memenuhi ruang-ruang dalam kulit. Contoh emollient adalah bahan hidrokarbon, asid alkohol dan asid lemak berantai panjang seperti squalene, stearyl alcohol dan lauric acid. Emollient mempunyai tekstur yang lebih ringan daripada occlusive.

Masih ingat lagi hidrofilik/hidrofobik? Saya pernah terangkan dalam post tentang humectant sebelum ini. Klik sini untuk membacanya.

Kalau humectants menggunakan bahagian hidrofilik untuk menarik air, emollients pula menggunakan bahagian hidrofobik yang lebih besar iaitu bahagian yang mengelak air untuk membentuk lapisan yang menghalang air daripada meruap.


Occlusive

Mempunyai kesan oklusi yang lebih ketara berbanding emollient dan membentuk lapisan hidrofobik. Selalunya occlusive adalah dalam bentuk minyak atau lilin dengan tekstur yang lebih berat seperti mineral oil dan petroleum jelly. Bahan occlusive berpotensi untuk menyumbat pori dan menyebabkan jerawat (comedogenic). Pastikan occlusive yang digunakan bersifat non-comedogenic

Occlusion effect/Kesan oklusi: Kesan menghalang kelembapan daripada meruap daripada kulit.

Untuk kesan lembapan yang lebih efektif, pelembap bersifat occlusive disapu selepas mandi untuk memerangkap air dalam kulit. 

Setiap jenis pelembap mempunyai formulasi yang berbeza antara ketiga-tiga jenis bahan ini. Kita perlu mengetahui jenis apa yang lebih sesuai untuk kulit kita. Untuk kulit kering mungkin memerlukan pelembap bersifat emollient dan kulit yang berminyak mungkin memerlukan pelembap jenis humectant. Kesimpulannya, perlu ada keseimbangan untuk mencari pelembap yang sesuai untuk kulit anda. 



Sumber:

https://chemistconfessions.com/pro-tips/moisturizers-the-components/ 

https://www.researchgate.net/publication/314663004_Emollients 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5849435/ 

https://library.essentialwholesale.com/emollient-humectant-exfolliant-terms-know/ 


(ಥ﹏ಥ)



Older post Newer post