Fungsi "Surfactants" dalam Penjagaan Kulit

Fungsi "Surfactants" dalam Penjagaan Kulit

Surfactants adalah sejenis bahan utama bukan sahaja dalam produk kosmetik, bahkan dalam produk pencuci seperti sabun pencuci baju, lantai dan pinggan mangkuk. Apa yang menjadikan bahan surfactant ini berguna dalam produk-produk sebegini adalah struktur bahan ini mempunyai bahagian hidrofilik (suka air) dan hidrofobik (benci air/suka minyak).

Molekul surfactant akan melekat pada permukaan titisan minyak (kotoran) dengan ekor hidrofobik (bahagian yang larut dalam minyak) berada dalam permukaan titisan minyak manakala kepala hidrofilik (bahagian yang larut dalam air) berada di luar permukaan titisan minyak. Titisan minyak dan molekul-molekul surfactant ini membentuk micelle. Struktur micelle memastikan titisan minyak di dalamnya tidak melekat semula pada permukaan yang dibasuh. Micelle ini dibuang dengan bilasan air. 

Kesan surfactant pada permukaan kulit

Walaupun surfactant ini berkesan membuang kotoran pada permukaan kulit, molekul surfactant yang tertinggal pada permukaan kulit boleh merosakkan struktur lipid kulit. Komponen kulit seperti enzim, faktor pelembap semula jadi (natural moisturising factors, NMF) dan lipid boleh terlarut lalu melemahkan fungsi skin barrier. Kulit lebih mudah menjadi kering, kemerah-merahan dan gatal-gatal. 

Sebab itu penting untuk membilas muka dengan bersih selepas menggunakan produk surfactant dan tidak membiarkan buih basuhan terlalu lama pada kulit sebelum dibilas.  

Contoh-contoh bahan surfactant dalam produk penjagaan kulit

  • Ammonium laureth sulfate 
  • Ammonium lauryl sulfate
  • Cocoamide DEA /MEA
  • Cocoamidopropyl betaine
  • Coconut acid
  • DEA - Diethanolamine
  • Disodium laureth sulfosuccinate
  • Disodium PEG-4-Cocoamido MIPA sulfosuccinate
  • Guar hydroxypropyltrimonium chloride
  • Lauryl glucoside




Sumber:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3425021/#B4 

https://www.aocs.org/stay-informed/inform-magazine/featured-articles/an-introduction-to-cosmetic-technology-april-2015 

https://www.rsc.org/education/teachers/resources/aflchem/resources/39/39%20resources/39-2%20database.pdf 

http://www.essentialchemicalindustry.org/materials-and-applications/surfactants.html 

https://chemistscorner.com/cosmetic-surfactants-part-1/ 


ლಠ益ಠ)ლ