Hello, Youtube!

Hello, Youtube!

Malu? Ya, malu. Saya mempunyai banyak sangat perkara untuk disampaikan kepada anda semua, tetapi malangnya saya adalah camera-shy. Jika anda perasan, kebanyakan Video Review di Instagram The Pastels Shop tidak menunjukkan muka, hanyalah produk dan tekstur produk.

Tiada keyakinan. Ya. Terasa diri ini tidak cantik, tidak sempurna serta tidak menepati kriteria seorang pemilik jenama yang dipenuhi dengan Glamz & Glitz. Tetapi, saya perlu HENTIKAN SEMUA INI. Saya tidak perlu bina keyakinan diri, tidak perlu Glam Up penampilan.....sebaliknya TERUSKAN sahaja niat untuk menyampaikan informasi kepada lebih ramai orang.

Sudah tentu pada permulaannya, banyak kelemahan. Tersasul, kualiti video yang tidak baik, suara yang perlahan, dan banyak lagi. Saya akan simpan segala kesalahan dan kelemahan ini di sini, agar satu hari nanti ketika saya lihat kembali, saya nampak penambahbaikan.

Terima kasih kepada Followers, Pelanggan The Pastels Shop, Rakan-Rakan dan keluarga, atas galakan yang tidak pernah putus. Jika tidak keberatan, dengan rendah dirinya saya menjemput anda ke laman Youtube kami. Jangan lupa untuk Like & Subscribe, okay?  Saya dahului dengan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua!

Jom lihat 2 video yang telah dirakam semalam. Kualiti video kurang baik, atas kesilapan semasa merakam. Tapi, saya mengambil keputusan untuk memuat naik juga, kerana "Hey, Forever's Gotta Start Somewhere", kan? Saya berjanji akan bekerja keras untuk memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.

Video Pertama: Bagaimana Memilih Cleansing Oil Berdasarkan Keadaan Kulit

Video Kedua: Cara Untuk Menggunakan Carrot Seed Di Bahagian Bawah Mata

Selamat menonton dan moga video-video ini memberikan manfaat kepada anda.


Love, Pastels.