Humectants

Post yang sebelum ini saya tulis serba sedikit mengenai perbezaan antara hydrator dan moisturiser. Kali ini saya terangkan sejenis bahan yang saya pernah sebut dalam post sebelum ini iaitu humectants. Humectants ini mengikat molekul air di dalam kulit melambatkan kehilangan air yang menyebabkan kulit menjadi dehydrated.

Humectants ini sifatnya hidrofilik atau "sukakan air". Air adalah satu molekul yang polar dan molekul polar, secara kasarnya, hanya akan bercampur dengan bahan kimia yang polar sahaja. Bahan kimia yang bukan polar seperti minyak masak takkan bercampur dengan air. 

Humectants mengikat dengan membentuk daya intermolekul yang dipanggil hydrogen bonding. Bahan kimia yang mempunyai atom fluorin (F), nitrogen (N) atau oksigen (O) boleh membentuk hydrogen bonding dengan atom hidrogen (H). 

Sesuatu bahan kimia itu perlulah cukup polar untuk menarik molekul air. Molekul organik mempunyai bahagian hidrokarbon: bahagian molekul yang hanya terdiri daripada atom karbon dan hidrogen.

Bahagian dalam bulatan biru menunjukkan bahagian hidrokarbon. Dua-dua molekul dalam gambar adalah molekul yang sama cuma bentuk lukisan yang berbeza. Bahagian hidrokarbon ini adalah bahagian yang bukan polar. Dengan kata lain, bahagian ini tidak boleh menarik air.

Selalunya bahan kimia dalam kosmetik tidak mengandungi fluorin. Jadi, kita cari molekul yang mempunyai kumpulan fungsi (-OH) dan (-NH) yang banyak untuk membentuk hydrogen bond dan melawan balik bahagian hidrokarbon yang tidak dapat menarik air.

"Hmm... Kalau cam tu alkohol macam ethanol, propanol tu dikira humectant juga ke? Bukan dua bahan tu mengeringkan ke? Ada je -OH dlm struktur dia "

Ada lagi satu aspek yang perlu dilihat untuk mengetahui sama ada bahan tersebut sejenis humectant atau tidak. Adakah bahan tersebut mudah meruap? Kalau ya, bahan itu akan lebih mengeringkan kulit. Dahlah mengikat air, bila meruap, molekul air akan terkeluar sekali dengan molekul bahan tersebut. Ethanol dan propanol adalah contoh bahan kimia yang bersifat begini oleh sebab saiz molekulnya yang kecil. 

Ada juga bahan kimia yang mempunyai kumpulan fungsi -OH yang tidak mudah meruap tetapi tidak cukup polar untuk berinteraksi dengan air secara berkesan seperti stearyl alcohol kerana bahagian hidrokarbon yang sangat besar walaupun ada -OH dalam strukturnya.

Contoh humectant yang biasa ditambah dalam produk kosmetik adalah hyaluronic acid, glycerin (glycerol) dan propylene glycol (1,2-propanediol). Anda boleh lihat struktur molekul-molekul ini ada banyak kumpulan fungsi -OH. Bahan semula jadi seperti aloe vera mengandungi acemannan juga bertindak sebagai humectant berkesan.

Secara ringkasnya, humectant adalah molekul yang dapat membentuk hydrogen bond dengan molekul air, bersifat polar dan tidak mudah meruap. Ada lagi aspek lain yang perlu diambil berat selain struktur molekul itu sendiri. Contohnya, glycerol mampu menembus kulit lebih dalam melalui aquaporin dan ada juga logam ion yang boleh mengikat molekul air dengan cara lain (coordinate bond).


Sumber:

http://www.aqmd.gov/docs/default-source/planning/architectural-coatings/redefining-volatile-for-vocs.pdf 

https://www.chemguide.co.uk/atoms/bonding/hbond.html 

https://labmuffin.com/skincare-chemistry-which-ingredients-are-humectants/ 



Older post Newer post