search

Kebaikan Centella Asiatica (Pegaga)

Centella Asiatica - tahu tak di sebalik nama "glamour" ini, ia sebenarnya adalah pegaga! Siapa pernah mengamalkan pegaga dalam diet seharian? Kalau dulu masa zaman belajar, Fafa minum kopi + pegaga untuk mengekalkan kesegaran badan. Nenek Fafa pula, seminggu 3 kali pasti akan rebus dan minum airnya. Anda semua bagaimana? 

π‘»π’“π’‚π’…π’Šπ’•π’Šπ’π’π’‚π’ 𝑺𝒆𝒄𝒓𝒆𝒕 𝒇𝒐𝒓 𝑩𝒆𝒕𝒕𝒆𝒓 π‘Ίπ’Œπ’Šπ’ 🀫

Pegaga (Centella Asiatica) dahulunya sering diambil sebagai ulam-ulaman dan diminum sebagai jus. Walaupun rasanya tidak begitu menyenangkan (pahit), ia tetap diamalkan secara tradisional untuk kesihatan tubuh dan awet muda πŸ€—

Kini, Centella Asiatica menjadi bahan yang sangat popular digunakan di dalam kebanyakan produk penjagaan kulit. Oleh kerana manfaat dan keberkesanannya, ia kekal menjadi pilihan pelbagai jenama untuk dijadikan sebagai bahan utama di dalam produk mereka πŸ˜‡

123103965_5274671229225861_3273817988253168747_n (2).jpg


Kenapa kita sering diingatkan untuk mengambil kira peratusan bahan dalam produk? Hal ini penting terutama bagi yang mempunyai kulit sensitif.

Sesetengah kulit tidak boleh bertoleransi dengan sesetengah bahan pada peratusan 100% (pure), tetapi jika dicairkan (dilute) atau digunakan dengan produk lain, ia memberikan hasil yang berbeza kepada kulit! ✨

Jadi, kenalpasti peratusan bahan yang kulit anda perlukan, kerana setiap kulit mempunyai keperluan yang berbeza 😘

Infografik ini menunjukkan peratusan Centella yang terkandung di dalam produk-produk tersebut.

123225330_836053710531257_6927026471055335203_n.jpg


Centella Asiatica, benar-benar bagus atau 'Skincare Hype' semata-mata?

4 komposisi bahan di atas sudah cukup membuktikan yang ia merupakan 'Holy Grail' dalam bidang kosmetik. Kesemua di atas mampu mengubat luka, mengurangkan pigmentasi, keradangan kulit serta mempunyai kadar anti oksidan serta pelembap yang tinggi.

Formulasi produk yang baik dapat menonjolkan ciri di atas dalam sesuatu produk. Disebabkan itulah, ada sesetengah produk yang mengandungi Centella tidak mampu memberikan apa-apa perubahan kepada kulit kita. Besar kemungkinan, peratusan yang tidak mencukupi ataupun formulasi yang kurang baik. 🧐 

123169636_980518502442226_4109214910095038922_n.jpg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping