Logam-logam berat dalam produk kosmetik

Logam-logam berat dalam produk kosmetik

Selalunya produk-produk kosmetik diperbuat daripada bahan kimia organik (maksud saya bahan yang ada atom karbon, bukan organik yang macam label kat pasar tu). Bahan tak organik seperti logam-logam pun wujud dalam sesetengah produk skincare. Jadi saya mahu ketengahkan jenis-jenis logam yang ada dijadikan sebahagian daripada kandungan produk kosmetik.

1. Merkuri (Hg)

Merkuri ini biasanya didapati dalam produk yang fokus untuk memutihkan kulit dan boleh wujud dalam bentuk organik dan bukan organik. Garam-garam merkuri dapat menghalang pembentukan melanin dan ini yang menjadikan tona kulit lebih cerah. Ammoniated mercury biasa digunakan dalam sabun dan krim pemutih. Ethyl mercury digunakan sebagai bahan pengawet kosmetik.

Mengikut United Nations Environment Programme (UNEP), hampir 40 peratus daripada wanita Malaysia dilaporkan menggunakan produk skin lightener pada tahun 2004.

Kesan terhadap kesihatan: Kerosakan buah pinggang, ruam, skin discoloration, parut, mengurangkan rintangan kulit terhadap jangkitan bakteria dan fungus.


2. Plumbum (Lead, Pb)

Lead acetate pernah digunakan dalam pembuatan pewarna rambut tetapi bahan ini sudah dikeluarkan daripada senarai bahan pewarna yang diterima oleh Food and Drug Administration (FDA) pada tahun 2018. Sesetengah produk kosmetik bibir seperti lipstick dan lip balm juga mengandungi plumbum. Produk celak seperti kohl dan kajal ada yang mengandungi kandungan lead sulfide yang tinggi.

Kesan terhadap kesihatan: Pendedahan terhadap plumbum boleh menyebabkan lead poisoning dalam jangka masa panjang. Satu kajian di Arab Saudi menunjukkan pengguna biasa kohl mempunyai kepekatan plumbum yang tinggi dalam darah dan paras haemoglobin yang rendah.  


3. Titanium (Ti)

Dalam produk pelindung matahari, titanium dioxide (TiO2) bertindak sebagai pelindung matahari fizikal. Bahan ini kebiasaannya wujud dalam dua bentuk: rutile dan anatase.

Kesan terhadap kesihatan: Kajian menunjukkan tiada penembusan partikel TiO2 terhadap kulit yang signifikan apabila menggunakan pelindung matahari yang mengandungi bahan ini.


4. Zinc (Zn)

Sama seperti TiO2, zinc oxide (ZnO) juga berfungsi sebagai pelindung matahari fizikal. 

Kesan terhadap kesihatan: Berdasarkan pemerhatian kajian, tiada tanda-tanda klinikal yang menunjukkan sifat toksik apabila ZnO disapukan pada kulit.


5. Chromium (Cr)

Chromium oxide dan chromium hydroxide bertindak sebagai pewarna hijau dalam produk kosmetik. Hexavalent Cr selalu wujud sebagai contaminant (kotoran) dalam proses pembuatan produk kosmetik.

Kesan terhadap kesihatan: Boleh menyebabkan anemia, kerosakan pada perut atau usus, dan kanser jika dimakan (siapa gila sangat nak makan???). 


6. Cadmium (Cd) dan Arsenic (As)

Logam-logam ini bersifat toksik dan biasanya wujud dalam kuantiti yang amat kecil dan dianggap sebagai kotoran dalam produk. Apabila terdedah dengan dos yang tinggi. Arsenic adalah bahan carcinogen (berpotensi menyebabkan kanser) dan boleh memasuki badan melalui kulit. Cadmium juga diklasifikasikan sebagai carcinogen tetapi tidak boleh menembusi kulit.




Sumber:

https://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/mercury_flyer.pdf 

https://www.npra.gov.my/index.php/en/component/content/article/412-english/press-release/press-release-2019/2096-kenyataan-akhbar-kpk-23-mei-2019-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual.html?Itemid=1391 

https://www.fda.gov/cosmetics/cosmetic-products/kohl-kajal-al-kahal-surma-tiro-tozali-or-kwalli-any-name-beware-lead-poisoning 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15121438?dopt=AbstractPlus 

https://www.omicsonline.org/consumer-awareness-of-health-risks-of-arsenic-cadmium-chromium,and-lead-present-in-cosmetic-and-personal-care-products-in-dubai-2161-0711.1000213.php?aid=14144 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2855360/ 

https://www.atsdr.cdc.gov/phs/phs.asp?id=46&tid=15