Hai, okay Suri nak share satu lagi lipbalm keluaran local yang bagi pendapat Suri sangat bagus.
Ola Natura juga menghasilkan produk handmade yang menarik. Salah satunya ialah lip butter ni.
PACKAGING
Packaging biasa kita lihat oleh kebanyakan lipbalm. Nothing special cuma Suri suka dengan design labelling yang diperbuat daripada kertas. Nampak macam nature vibes.
TEXTURE
Texture lip butter ni senang glide dan tak kesat. Kalau apply banyak layer, akan ada rasa sedikit berminyak tapi still acceptable for me.
PERFORMANCE
Moisturizing! Lip butter ni perform dengan baik sekali. Suri dah cuba selama seminggu dan bibir Suri tak ada masalah merekah dan kering. Lip butter ni tak ada fragrance, flavor dan tint. So sangat sesuai bagi sesiapa yang suka lipbalm yang simple.
Lip butter ni hanya mengandungi 3 bahan iaitu; sheabutter, castor seed oil dan beeswax.
Suri suka pakai lip butter ni sebab texture nya boleh di buat as lip sleeping mask sebab dia boleh stay lama ats bibir. Macam mana caranya? Apply lip buttter banyak layer. Biasanya Suri apply dalam 10 layer. Mungkin bibir korang akn rasa sedikit heavy dan berminyak tapi korang pasti akan berterima kasih pada Suri sebab bibir korang akan rasa sangat plumpy dan segar kesesokan harinya.