search

Penjagaan bibir menggunakan Organic Touch Lipcare Set by Suriabdulrahman

Hai, dah bosan asyik bercerita pasal skin care? Sekarang Suri nak share pasal lip care pula.

Orang cakap bibir ni penyeri wajah. Kalau bibir pucat, automatik muka pun akan jadi tidak bermaya dan macam orang sakit.

Fakta tentang bibir:

Tahukah anda epidermis bibir kita sangat nipis tak sama macam kulit. Bibir juga tak ada kelenjar minyak. Kelenjar minyak ni berfungsi sebagai natural moisturizer. Sebab itu la bibir cepat jadi kering dan merekah.

Warna bibir yang gelap ialah semulajadi bergantung kepada warna kulit dan genetic. So jangan rasa down kalau bibir gelap asalkan sihat dan nampak mungil OK?!

Suri teruja sangat apabila mencuba Organic Touch lipcare set daripada pastelshop localove series. Paling best lagi ialah produk ni ialah natural and handmade. 

Ada 5 jenis perisa yang menarik. Suri dapat cuba flavor Apple crisp dan Fresh pear. Suri rasa Lip care set ni di datangkan dengan lip polish dan lip balm. Penjagaan bibir sebenarnya sangat senang dan tak rumit. Hanya perlu exfoliate dan moisturized saja.

Suri akan tunjuk 2 langkah penjagaan bibir menggunakan ORGANIC TOUCH LIP CARE SET.

LANGKAH 1 : EXFOLIATE

Step ni penting untuk menanggalkan kulit mati. Apabila kita pakai lipstick especially jenis matte, bibir yang berkuping akan membuatkan finishing jadi tak cantik. 

Lip polish ni macam lip scrub. Fungsi utk menanggalkan kulit mati. Suri suka dengan packaging dalam jar. Sangat comel. Texture scrub ni creamy dan soft. Dia akan bergumpal so tak berterabur dan messy. Granules pon halus je so tak menyakitkan bibir.

Basahkan bibir dulu, lepas tu ambil lip polish dan scrub dalam circular motion. Menariknya, scrub ni akan sedikit mencair bila kena air. So tak akan jadi messy. Kemudian bilas dgn air dan lap dengan kain yang bersih.

Korang akan dapat rasa bibir jadi smooth dan macam ada sedikit filmy layer. Sebab dalam lip polish ni juga mengandungi shea butter, beeswax, argan oil dan sunflower oil.

Bau pun best dan yummy.

IMG_20200819_163122.jpg

IMG_20200819_163159.jpg

IMG_20200819_163231.jpg

IMG_20200821_121826.jpg

LANGKAH 2 : MOISTURIZE

Ingat lagi tak yang bibir kita tak boleh menghasilkan pelembab dengan sendiri sebab tiada oil glands? Oleh itu, wajib menggunakan lipbalm. Bukan saja selepas exfoliate tapi 24jam. Both lipbalm ni suri suka sebab dia tak nampak oily. Sesetengah orang tak suka pakai lipbalm sebab finishing bibir yang oily dan rasa tak selesa. In love sangat dengan lipbalm ni sebab lightweight tapi pada masa yang sama mampu memberi  lembapan yang agak long lasting.

Untuk flavor Fresh Pear, ada rasa cooling atau berangin bila pakai tapi Apple Crisp tak ada. But I love both.

Ok. Ini la perbezaan sebelum dan selepas menggunakan lip care set ni. Kalau korang perasan pada gambar sebelum, dekat upper lip Suri ada kulit mati dan bibir nampak sedikit kering.
Macam mana dengan gambar selepas? Ada beza kan? Nampak lebih pinkish dan segar.

IMG_20200819_163053.jpg

IMG_20200821_121155.jpg

IMG_20200821_120850.jpgIMG_20200821_121256.jpg

FINAL VERDICT.
Suri suka sangat dan berbangga dengan produk localove yang berbaloi dan bagus macam ni. Harga pun sangat murah tau lagi-lagi kalau ada sales.

Dapatkan di THE PASTELS SHOP


Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping