Sebentar tadi, kami telah senaraikan beberapa bahan yang tidak boleh digunakan oleh seorang wanita hamil. Agak sukar jika anda ingin meneliti setiap satunya dan membuat keputusan, kan?
Lagipun, pertanyaan tentang 'Pregnancy-Safe Product' yang diterima oleh Khidmat Pelanggan kami sememangnya tidak pernah putus. Jadi, kami sediakan beberapa cadangan bagi memudahkan anda membuat pilihan 🤰🏻💛
Memandangkan setiap kehamilan itu istimewa dan berbeza, doktor yang merawat lebih tahu sekiranya ada sebarang alahan atau perkara lain yang perlu diambil perhatian. Jadi, jangan lupa untuk bincangkan semasa konsultansi doktor untuk lebih kepastian, ya! 🌸