Radikal Bebas

Radikal Bebas

Radikal bebas ataupun dalam bahasa putihnya "free radicals" adalah salah satu faktor luaran yang mempercepat proses penuaan. Oleh sebab radikal bebas ini kebanyakannya mempunyai oksigen, radikal bebas ini dipanggil reactive oxygen species (ROS). Radikal bebas wujud dalam badan manusia secara semula jadi untuk melakukan fungsi biologi seperti membunuh kuman. 

Walaupun ROS ini satu komponen yang diperlukan dalam sistem badan, kandungan ROS yang terlalu tinggi ini yang menyebabkan kerosakan pada makromolekul struktur seperti protein dan lipid. Peningkatan kandungan ROS ini boleh disebabkan oleh pendedahan kulit terhadap sinar UV dan pencemaran udara.

Apa yang menjadikan radikal bebas ini sangat reaktif ialah radikal bebas mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Elektron mesti dalam keadaan berpasangan untuk menjadi stabil, jadi radikal bebas ini akan "tercari-cari" elektron daripada molekul lain untuk jadikan pasangan hidup. Lipid, protein dan DNA menjadi mangsa radikal bebas ini. Tindak balas ROS dengan protein membawa kepada free radical damage. Antara kesannya pada kulit ialah keradangan, kedutan dan garis-garis halus.

Contoh di bawah menunjukkan bagaimana radikal bebas bertindak balas dengan molekul dan membentuk radikal bebas yang baru yang boleh memulakan tindak balas baru yang lain. Elektron yang tiada pasangan pada radikal bebas A (titik merah) akan berpasangan dengan satu elektron daripada ikatan kovalen daripada molekul lain (satu ikatan kovalen mempunyai dua elektron), kemudian membentuk ikatan kovalen yang baru. 

Satu lagi elektron akan membentuk radikal bebas yang baharu dengan C. Radikal bebas ini yang memulakan tindak balas dengan molekul lain yang membawa kepada tindak balas berantai. Contoh radikal bebas adalah hydroxyl radical ( OH ), peroxidedan superoxide anion ( O2-• )Untuk mengawal kesan radikal bebas ini, antioksidan diperlukan untuk meneutralkan radikal bebas daripada terbentuk. Saya akan sambung tentang antioksidan selepas post ini ya... :B 



Sumber:

http://www.vivo.colostate.edu/hbooks/pathphys/topics/radicals.html 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4507125/ 

https://hopes.stanford.edu/about-free-radical-damage/ 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2813915/ 


ʕ•ᴥ•ʔ