search

RURUBERRY 5% Ethyl Ascorbic Acid by Suri Abdul Rahman

Vitamin C merupakan salah satu sumber anti oxidan yang tinggi. Vitamin C bukan sahaja memberi kesan pencerahan, tetapi memperlahankan kadar penuaan kulit dengan membantu penghasilan kolagen. 

Ascorbic acid atau L- ascorbic acid merupakan nama lain untuk vitamin C dan merupakan jenis vitamin C yang paling asli dan kuat. Oleh sebab itu, konsentrasi acorbic acid yang tinggi mampu mengakibatkan iritasi untuk seseorang yang mempunyai kulit yang sangat sensetif. Bukan itu saja, ascorbic acid juga tidak stabil dan senang teroksida jika terdedah dengan cahaya matahari.

Disebabkan oleh masalah berikut, maka vitamin C derivative di gunapakai. Vitamin C derivatives mempunyai formula yang lebih stabil dan lebih sesuai untuk kulit sensetif. Terdapat bermacam- macam jenis derivatives dan di sini, RURUBERRY menggunakan Ethyl Ascorbic acid yang mengandungi 5% konsentrasi. 

PACKAGING

Didatangkan dalam packaging kaca yang agak berat dan gelap. Vitamin C sangat sensetif dengan cahaya oleh itu, botol yang berwarna gelap membantu memanjangkan hayat vitamin C.

TEXTURE

Texture serum ini sedikit pekat dan berwarna putih dengan sedikit kekuningan. 

IMG_20210107_175136.jpg


SCENT

Serum ini mempunyai bau yang agak 'pelik'. Seperti bau herba yang 'berangin'. Pada mulanya, Suri agak tidak suka dengan baunya tetapi lama kelamaan sudah terbiasa dan baunya juga hilang dengan cepat.

EXPERIENCE

Suri suka dengan serum ini sebab texture yang senang menyerap dan tidak melekit. Apakah kesan serum ini selepas 4minggu penggunaan? Apa yang Suri ingin pesan, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi bahawa serum ini dapat menghilangakn cela dengan pantas.

Secara jujur, Suri tidak nampak kesan yang memberasangakan dalam 2minggu penggunaan. Suri hanya pakai 1x sehari di dalam rutin siang.

Tetapi setelah 4minggu, Suri perasan yang serum ni memberi efek glow dan kulit rasa lebih anjal. Kuncinya ialah konsisten. Texture kulit pun nampak lebih licin dan tidak kusam. Untuk parut jerawat dan jeragat, efek pencerahan memakan masa sedikit lambat.

Konklusinya, serum ini bagus jika dipakai secara konsisten kerana vitamin C bekerja dari dalam lapisan epidermis kulit.

IMG_20210110_204056.jpg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping