Teknik Mencampurkan AHA/BHA/PHA dan Vitamin C Dalam Satu Rutin

Teknik Mencampurkan AHA/BHA/PHA dan Vitamin C Dalam Satu Rutin

Kerapkali kita mendengar yang kedua-dua bahan ini tidak boleh digunakan bersama-sama. "Terlalu berasid" , "nanti rosak muka" dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya ia digunakan dengan teknik yang betul, jawapannya: BOLEH.

Vitamin C merupakan sejenis Asid. Ini bermakna, ia bekerja dengan baik pada level pH yang rendah. Penggunaan AHA/BHA sebelum Vitamin C menyediakan kulit pada keadaan terbaik untuk Vitamin C berfungsi pada tahap optimum.

Walaubagaimanapun, ada beberapa tips penggunaan yang ingin kami kongsikan dengan anda agar risiko iritasi dapat dikurangkan:

  • Dahulukan AHA/BHA/PHA terlebih dahulu, barulah diikuti dengan Vitamin C
  • Elakkan penggunaan kedua-dua bahan pada peratusan tinggi secara serentak. Mungkin gunakan AHA/BHA berperatusan rendah + Vitamin C berperatusan tinggi atau sebaliknya.
  • Jarakkan kedua-dua produk dalam 30 minit atau sehingga meresap sepenuhnya bagi mengelakkan risiko iritasi.

Apapun, monitor penerimaan kulit anda, itu yang paling penting!

Untuk melihat lebih banyak pilihan Vitamin C di The Pastels Shop, klik di sini. Atau pilihan chemical exfoliator di sini.