THE PASTELS SHOP "CYMBO" Skin Resetting Soft Cleansing Balm 75g by Suriabdulrahman

THE PASTELS SHOP "CYMBO" Skin Resetting Soft Cleansing Balm 75g by Suriabdulrahman

Selain daripada cleansing oil, cleansing balm juga adalah kegemaran Suri. Fungsi kedua-duanya adalah sama cuma yang berbeza ialah texture. Kenapa dipanggil balm?
Balm pada mulanya mempunyai texture yang solid. Balm sangat sensetif pada haba. Ia akan melarut dan bertukar kepada oil apabila digosok keatas kulit. Cleansing balm juga akan emulsifies apabila terkena air sama seperti cleansing oil.

Kenapa Suri suka cleansing balm? Sebab travel friendly dan senang nak bawa kerana texture solid tidak akan tumpah. Tetapi perlu jauhkan dari suhu yang panas.

CYMBO cleansing balm ni sangat unik dari segi packaging, texture dan ingredients. Kenapa? Jom baca.

PACKAGING

Cleansing balm dalam tiub? Menarik kan? Biasanya kita akan jumpa dalam jar. Bagi suri, packaging macam ni sangat senang. Cuma perlu picit produk keluar dari tiub. Jika di dalam jar, perlu gunakan scoop. Packaging tiub senang di bawa kemana-mana.

TEXTURE

Texture balm ni sedikit cair dan tidak terlalu solid seperti cleansing balm jenama kbeauty yang lain. Balm ini mempunyai biji-biji halus berwarna kuning. Biji-biji ini akan mencair apabila terkena geseran dan haba. 

IMG_20201102_155320.jpg

IMG_20201102_155408.jpg


INGREDIENTS

Caprylic/capric triglyceride, Simmondsia Chinensis (Jojoba) seed oil, Neopentyl glycol diethylhexanoate, Cetyl alcohol, Glyceryl stearate, PEG-75 stearate, Ceteth-20 / steareth-20, Cera alba, Citrus limon peel oil, Vitis vinifera (grape) seed oil, Triticum vulgare (wheat) germ oil, Tocopheryl acetate, Cymbopogon schoenanthus oil, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin.

Tahukah anda, CYMBO ialah singkatan untuk Cymbopogon schoenanthus oil; nama saintifik untuk minyak serai wangi. Serai wangi bukan sahaja mempunyai aroma yang menenangkan, tetapi mempunyai kandungan anti oxidant.

PERFORMANCE

Kadang - kadang, Suri suka pakai makeup yang tebal. Oleh itu, Suri perlukan kuasa pembersihan yang bagus. Cymbo mampu menghilangkan hampir semua waterproof makeup.

Suri mempunyai mata yang agak sensetif. Apabila digunakan di kawasan mata untuk menanggalkan mascara, Suri rasa sedikit pedih. Tetapi kalau menggunakan eye makeup yang light, tidak ada rasa pedih. Suri tak kisah sangat sebab jarang menggunakan cleansing balm untuk menanggalka eye makeup.Cymbo juga senang emulsifies apabila terkena air. 

Selepas bilas, kulit akan ada rasa sedikit silky. Ini bagus sebab apabila menggunakan foam cleanser selepas itu, kulit tidak akan rasa kering dan stripping.

Polish_20201102_015045034.jpg



FINAL VERDICT

Suka sangat dengan Cymbo. Boleh digunakan setiap hari dan sangat lembut pada kulit.