search

THE PASTELS SHOP "Mori" Creamy Clay Mask with Moringa Leaves & Green Clay Review by Suriabdulrahman

THE PASTELS SHOP "Mori" Creamy Clay Mask with Moringa Leaves & Green Clay Review by Suriabdulrahman

Suri merupakan peminat clay mask sebab clay mask mempunyai pelbagai mineral yang bagus untuk kulit dan keupayaan untuk menyerap lebihan minyak serta kotoran di dalam pori.

Tahukah anda terdapat banyak jenis clay mask yang boleh di dapati dipasaran dan salah satu nya ialah green clay.

Green clay merupakan salah satu exfoliant semulajadi yang mampu menyingkirkan kulit mati dengan lembut sekaligus meningkatkan pengaliran darah.

Suri berasa sangat teruja apabila The Pastel Shop mengeluarkan Mori Creamy Claymask. Ini adalah kali pertama Suri mencuba localmade claymask yang sedia dipakai tanpa perlu dibancuh.

Ciri yang menjadikan Mori Claymask ini istimewa ialah clay mask ini akan emulsify apabila dibilas dengan air. Ciri ini jarang ditemui pada kebanyakan claymask yang pernah Suri cuba.


PACKAGING

Suri tiada masalah dengan packaging dalam jar. Suka dengan design yang simple dan minimal.

TEXTURE

Tekstur Mori sangat creamy dan senang disapu pada kulit tanpa berketul. Teksturnya seakan-akan balm. Terdapat granules yang halus untuk tujuan exfoliate. Clay mask ini juga mudah dibilas dan tidak meninggalkan stain.

7823FA0A-A679-4432-8D66-2788F6325EFB.jpeg

04ABE162-7C83-4AEC-9F14-06D4C94E6991.jpeg


Selain Moringa Oleifira Leaf Extract yang terkenal dengan sifat anti radang dan Green Clay yang berfungsi mengangkat kotoran dari dalam pori,  Mori juga mengandungi Safflower Seed Oil yang kaya dengan Omega-6 di mana ia membantu mengekalkan minyak semulajadi kulit. Oleh itu, Mori bukan sahaja berfungsi sebagai clay mask, tapi mampu melegakan kulit yang sedang meradang tanpa mengeringkan kulit.

Apa yang Suri boleh katakan, Suri sangat suka dengan Mori. Selepas 15 minit, clay mask ini masih lagi basah dan langsung tidak mengering. Suri akan basahkan clay mask dengan sedikit air dan urut selama beberapa minit sebelum bilas dengan air.

Pada mulanya, akan ada rasa sedikit lapisan minyak di atas kulit di sebabkan oleh kandungan Safflower Oil tetapi lama kelamaan ia akan hilang. Kulit berasa sangat lembut dan lembab. Kulit juga kelihatan lebih bersih dan sedikit cerah.

Akhir kata, Suri sangat mengesyorkan Mori Creamy Clay Mask kepada sesiapa yang mahukan clay mask yang lembut dan tidak mengeringkan kulit. Suri memberi jaminan bahawa individu yang berkulit kering terutamanya, pasti akan sukakan Mori.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping