search

Tips Memilih Produk Untuk Pigmentasi

Kami tahu, The Pastels Shop menyajikan banyak pilihan produk yang sangat baik untuk kulit anda. Keliru? Ikuti langkah-langkah di bawah bagi memudahkan anda membuat pilihan mengenai produk yang sesuai.

1. Tentukan terlebih dahulu jenis produk yang diperlukan.

Adakah pencuci muka? Toner / Serum atau sebaliknya? Ini adalah satu proses yang sangat penting, di mana anda perlu jelas apa yang diperlukan oleh kulit dan pada rutin keberapa produk ini akan dimasukkan.

2. 'Filter' pilihan yang ada.

Anda boleh tetapkan bajet, jenama terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.

3. 'Browse'

Mulakan melayari laman produk yang diingini. Klik Produk yang menarik minat anda.

4. Semak 'Ingredients'

Sekarang, kita sudah sampai ke bahagian yang paling penting sekali, iaitu bahan. Kami tahu, tidak semua orang hafal serta arif mengenai bahan kimia serta nama saintifik yang digunakan dalam setiap produk. Oleh itu, kami sudah menyediakan 'Ingredients Table' di mana anda dapat melihat 'Function' bagi setiap bahan yang digunakan.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan/mengelakkan pigmentasi, iaitu:

A) Pencegahan

Pemakaian Sunblock/Sunscreen yang konsisten adalah sangat bagi pagi melindungi kulit anda dari UVA/UVB. Ia mengurangkan pembentukan melanin yang seterusnya mencegah masalah pigmentasi. Lihat pilihan pelindung UV di sini.

B) Cari produk yang mengandungi bahan ini bagi membantu mencerahkan kulit:

- Arbutin
- Vitamin C
- Licorice
- Idebenone
- Gluthathione
- Kojic Acid
- Azelaic Acid

C) Mengawal penyebaran melanin:

- Niacinamide

D) Melalui penyingkiran sel kulit lama:

- Alpha Hydroxy Acid (AHA)
- Vitamin A
- Retinol
- Retinoid

5. Semoga dengan info ini, memudahkan anda untuk membuat pilihan. Harus diingat, pendapat dari dermatologist/pakar kulit/doktor bertauliah adalah yang terbaik dan perlu didahulukan dalam membuat sebarang penilaian.

6. Anda punya cadangan/penambahbaikan terhadap info kami? Hantarkan terus ke bahagian khidmat pelanggan di WEB CHAT kami dengan cara klik pada sebelah kanan bawah pada laman ini. Kami amat menghargai setiap maklumbalas anda.

Kembali ke senarai FAQ



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping