HORMONAL ACNES
Selalu kita dengar, tapi apa tu? Apa yang membezakannya dengan jerawat biasa?
Dalam harini dan esok, Pastels akan berkongsi dengan anda semua bagaimana mengenalpasti Jerawat Hormon, puncanya, dan bagaimana untuk mengatasinya.
Pasti ramai yang pening setiap kali 'datang bulan'. Jerawat yang kita sangkakan hanya menjengah ketika zaman remaja, kini kembali menghantui kita. Bermula 20 ~ 40 tahun, merupakan waktu kemuncak untuk Jerawat Hormon ini. Alahai, penatlah nak atasinya lagi Ia disebabkan oleh KETIDAKSEIMBANGAN HORMON dalam badan. Puncanya? Kita pun susah nak tahu. Samada cara hidup, genetik...ia berbeza dan kekal menjadi tanda tanya.
Posting Pastels berkaitan Hormonal Acnes ini panjang, jadi jom kita mulakan dengan 'Face Mapping'
Jerawat Hormon akan tumbuh di bahagian bawah muka, bermula hujung hidung ke bawah dagu.
Tapi, adakah yang tumbuh itu benar-benar Jerawat Acne? Bagaimana nak bezakan dengan Fungal Acne, jerawat biasa akibat pori tersumbat dan sebagainya?
JENIS-JENIS JERAWAT
Kalau kita baca jenis-jenis Jerawat di internet, sangat MENGELIRUKAN, bukan?
Nampak macam semuanya samaaaa sahaja. Sampai kita pun tak pasti, kita jerawat yang mana satu?
Kali ini, Pastels simpulkan & jelaskan menggunakan bahasa mudah. Simptom2 ini, sangat mudah dikesan oleh anda.
Jika anda masih keliru, dapatkan nasihat doktor/pakar kulit untuk analisis khas kulit.
Jadi, anda ada yang mana satu? TULISKAN DI BAWAH Sebagai contoh, Pastels ada: Hormonal Acne / Regular Acne.Jika anda ada ketiga-tiganya, tulis kesemuanya, okay? Let me know...supaya Pastels ada idea yang jelas ttg Skin Concern anda!
NEXT - Saya ada Hormonal Acnes. Jadi, Apa Perlu Saya Buat? Follow us for more updates!
APA NAK BUAT BILA ADA HA (Hormonal Acne)?
Pastels dah lakarkan rajah ini supaya segala maklumat dapat dipadatkan dalam satu gambar sahaja. Anda boleh Save, Share, tag rakan anda sebagai satu peringatan bersama-sama.
Dari sini, apa yang Pastels boleh simpulkan:
1. Jangan picit jerawat Hormon
2. Cara terbaik adalah DAPATKAN RAWATAN DOKTOR
3. Tetapi tak semua org nak makan ubat kawal hormon kan? Ada yg merancang utk menerima cahaya mata, ada yg ada masalah kesihatan dll... Tak boleh makan ubat.
4. Skincare boleh membantu - tapi ada caranya
Apa caranya, dan produk apa yang sesuai?
Product Recommendations
Akhirnya, sampai juga kita ke bahagian yang ditunggu-tunggu :
'Products Recommendation' untuk Hormonal Acne aka HA ✨
Let's get real:
Produk-produk ini TIDAK AKAN menghilangkan HA anda dengan serta merta. Fungsi utama produk-produk ini adalah:
1. Mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk. Ketika hormon tidak seimbang, sejenis bakteria jahat Propionibacterium acnes (P. acnes) akan terbentuk. Bakteria ini boleh menyebabkan jerawat lain pula datang. Oleh itu, Probiotic diperlukan utk melawannya.
2. Kita nak elak dari parut lekuk berlubang akibat picit, dan elak jerawat lain tumbuh kembali di bahagian sama. Oleh itu, penggunaan bahan seperti Retinol / Retinoid membantu utk merawat hingga ke dalam. Bila bahagian dalaman kembali pulih, kulit kembali kuat. Kerosakan yg sama susah nak berlaku di tempat tu. Ya, Ia mengambil masa utk pulih.
Rawatan topikal ini utk mereka yang tidak mahu menkonsumsi ubatan, kerana bimbang perubahan hormon, perancangan keluarga dll
JANGAN RISAU. Biarkan sahaja. Lama2, ia akan surut. Ia tidak akan surut dan menjadi masalah apabila kita picit, tekan, skrub dengan kuat, sentuh dengan kerap.
Ya, ia akan kembali lagi bulan hadapan kerana ini berkaitan HORMON. Dengan penggunaan produk-produk ini, sekurang-kurangnya ia tidak akan menjadi teruk dan dlm keadaan terkawal.
Pastels juga mempunyai masalah yg sama. Apa yg Pastels buat adalah catatkan tarikh bila jerawat ini akan muncul. Jadi bila ia dtg lagi bulan hadapan , Pastels tak panik dan sudah tahu nak buat macam mana.
Komen/persoalan? Tinggalkan di bawah, ya!
Love, Pastels 💚