search

What's The Difference Between Ampoule, Essence & Serum?

🎢 π˜Όπ™ π™ͺ π™†π™šπ™‘π™žπ™§π™ͺ π™ˆπ™šπ™£π™Ÿπ™–π™™π™ž 𝘽π™ͺ𝙣𝙩π™ͺ~ 🎸
Haa, siapa ingat lagu ni? Popular betul masa zaman sekolah menengah, kan!

Antara soalan yang Anna terima daripada #PastelsCommunity, ialah kekeliruan mengenai perbezaan antara π™Žπ™šπ™§π™ͺ𝙒, π˜Όπ™’π™₯𝙀π™ͺπ™‘π™š, 𝙀𝙒π™ͺπ™‘π™¨π™žπ™€π™£ dan π™€π™¨π™¨π™šπ™£π™˜π™š. Kadang-kala Anna pun ikut jadi keliru juga. Jadi, Anna cuba permudahkan dalam post ini supaya lebih mudah untuk kita fahami perbezaan umum antara keempat-empat jenis produk tersebut. 

125489367_706625483611639_2905689690002136093_n (1).jpg

125346389_129562195305054_7763572086196132146_n (1).jpg


Anna ada bercerita secara details ttg beza di antara Toner, Essence, Serum & Ampoule. Harini, Pastels berikan diagram ringkas agar mudah untuk anda faham.

Sebenarnya terma ini dicipta sekadar untuk membezakan konsentrasi bahan aktif di dalam sesuatu produk. Ampoule mempunyai konsentrasi yang tertinggi, manakala Toner adalah yang terendah. Serum dan Essence berada di tengah-tengah dan sering mengelirukan kita.

Tambahan pula kini banyak Essence yang bertekstur seperti serum (sebagai contoh Cosrx Snail Mucin Essence) atau seperti moisturiser (Innisfree Green Tea Seed Essence-In-Lotion). Jadi, hal ini boleh mengelirukan anda. Apa yang anda boleh buat adalah melihat peratusan bahan aktif yang ditawarkan oleh pengeluar produk bagi memudahkan anda membuat pilihan .

Bagi Pastels, Essence merupakan salah satu tambahan yang sangat baik dalam rutin Skincare. Konsentrasi yang medium tetapi dengan kadar penyerapan yang tinggi, memastikan kebaikan produk dapat disampaikan dengan baik kepada kulit ✨ 

126907307_657491541593606_7850637078558964064_n (1).jpg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping